Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Milk Goat Info

Susu Kambing Tok Ali

Susu kambing merupakan khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia. Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Susu kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein % beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino yang penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf.
Amat penting dalam pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi-bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh serta membina protein & enzim (otot, sendi, organ & pundi yang diperbuat daripada protein).
Gabungan kalsium & fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan kalsium & fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain :-

Menurunkan tekanan darah.
  
Mengawal degupan jantung.
  
Menyingkirkan toksin dalam kolon.
  
Membolehkan penggumpalan darah.
  
Membolehkan saraf berfungsi dengan baik.
  
Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon.
  
Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa.
  
Menstabilkan dan menyelenggara membran sel.
  
Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon.
  
Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan.
  
Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan.
  
Trace Mineral
Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.

Selenium
Kandungan selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu atau susu yang lain. Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki - diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak 'neurotransmitter' - tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko 'dementia' & penyakit mental. Penting untuk sistem imun dengan menghasilkan sejenis hormon 'interleukin-2 (IL2) receptors ke atas permukaan T-cells.

pH Susu Kambing
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan nilai pH antara pH 7.35 - 7.45. Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imun dapat membunuh sel-sel pathogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mewujudkan persekitaran yang lebih beralkali - baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan sebagainya.

Perbandingan Khasiat Antara Susu Kambing Dengan Susu Kerbau Dan Lembu (g/liter) 
 
VitaminKambingKerbauLembu
Vitamin A207016691560
Vitamin D23.7TiadaTiada
Riboflavin1.841.071.75
Nicotinic Acid1.871.711.94
Choline150Tiada121
Inositol210Tiada110
Vitamin B10.00060.00430.0043
 
   
Nama VitaminKegunaan VitaminKekurangan Vitamin
Vitamin A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang, tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
 
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah - Osteoporosis
Vitamin D
Vitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis dan hypocalcemia dan ia meningkatkan sistem imuniti.
 
 
Rickets, pada kanak-kanak (cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa - tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot pada tangan, kaki dan tekak.

Riboflavin
Riboflavin perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak. Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
 
Kekurangan boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening, rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental.
Choline
Choline mengawal berat badan dan kadar kolesterol. Ia menyihatkan salutan sel dan menghindar dari penyakit batu karang. Ia juga memelihara sistem saraf, daya ingatan dan daya tumpuan. Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
 
Kekurangannya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikkan kadar koesterol, tekanan darah serta membawa kepada penyakit ginjal. Daya ingatan dan fungsi otak akan terjejas.
Inositol
Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal tahap estrogen dan menghindari dari bengkak di payudara.
 
Kekurangannya akan mengakibatkan penyakit ekzema (penyakit kulit - gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaikkan tahap kolesterol badan.
Vitamin B1
Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan daya tumpuan. Untuk kanak-kanak, ia perlu untuk tujuan tumbesaran. Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal-sengal iaitu lenguh sendi), mata dan kemandulan.

Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit.
Gangguan mentai atau emosi.


No comments: